Saturday, 9 April 2016

Bola Baling (Bab 2-Kemahiran Sukan & Rekreasi)

Bola Baling

Pendahuluan

-Permainan Bola Baling diperkenalkan oleh Heizer dari Jerman dan permainan ini  dipertandingkan buat kali 1 pada tahun 1932 di Sukan Olimpik Berlin.
-Di Malaysia pula diperkenalkan pada tahun 1977,Negeri Selangor merupakan negeri 1  yang menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981.
-Persekutuan Bola Baling ditubuhkan 3 tahun selepasnya. Hasil dari penubuhan  tersebut,permainan bola baling mula berkembang ke seluruh negara & dipertandingkan  ke peringkat kebangsaan.
-Bola Baling boleh dimainkan oleh lelaki & perempuan tanpa mengira umur.
-Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan  bilangan 7 orang sepasukan.
-Kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran hantaran,menangkap  bola,mengelecek,mengacah,menghadang,menjaring & menjaga gol.
-Gambar di bawah menunjukkan gelanggang Bola Baling:

Jenis Kemahiran

1) Kemahiran Hantaran
Hantaran ialah kemahiran asas permainan bola baling. Terdapat 4 kemahiran asas hantaran:

a) Hantaran atas kepala 
-Hantaran yang tinggi & jauh.
-Hantaran ini sukar dipintas sekat oleh pihak lawan.
-Ayunkan tangan dari belakang ke hadapan untuk mendapatkan daya.
-Ikut lajak untuk keseimbangan badan.

b) Hantaran Lantun
-Hantaran untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuuat hantaran secara mengejut.
-Lentikan tangan untuk menghasilkan daya yang lebih.

c) Hantaran Lompat
-Hantaran untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan.
-Buat rotasi di bahagian pinggang untuk menghasilkan lebih banyak daya.

d) Hantaran Aras Dada
-Hantaran untuk jarak dekat tetapi pantas.
-Hantaran ini lebih berkesan apabila dilakukan oleh 2 pemain yang membuat larian pecut dalam  serangan.
-Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan untuk menambahkan kelajuan bola.

2) Kemahiran Menangkap
Kemahiran ini boleh dilakukan sama ada dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan dari pelbagai aras. Tujuannya untuk mengawal & menguasai permainan. Berikut merupakan cara untuk kemahiran ini:

a) Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan
-Serap daya & imbangkan badan selepas menangkap bola.

3) Kemahiran Mengelecek dengan Bola
Mengelecek bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun. Tujuannya untuk membolehkan pemain bergerak dengan bola dari 1 tempat ke tempat yang lain untuk melepasi pihak lawan. Latihan ini melibatkan kemahiran:

a) Lantukan bola dengan jari dibuka pada paras pinggang

b) Badan dicondongkan sedikit ke hadapan

c) Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan

4) Kemahiran Mengacah
Mengacah ialah pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan. Berikut merupakan cara mengacah:

a) Mengacah tanpa bola
-Biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan.

b) Mengacah dengan bola
-Untuk meneruskan serangan.

5) Kemahiran Mengadang
Mengadang ialah kemahiran mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang. Tujuannya adalah untuk melambatkan pergerakan & mengehadkan ruang serangan pihak lawan. Latihan kemahiran yang perlu dikuti ialah:

a) Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi

b) Kedudukan badan seimbang

c) Mata sentiasa mengawasi pergerakan pihak lawan

d) Bergerak mengikut arah pergerakan pihak lawan

6) Kemahiran Menjaring
Kemahiran ini bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang. Tujuannya untuk mendapatkan mata kemenangan. Variasi menjaring adalah seperti:

a) Jaringan Lompat
-Jaringan ini ialah untuk menghantar bola ke gawang sambil melompat.
-Pergerakan melangkah adalah untuk mewujudkan momentum lonjakan.

b) Jaringan Junam
-Dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat renjaman.
-Tujuan jaringan  junam adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol &  mengelirukan penjaga gol.
-Gulingkan badan untuk menyerap daya terjahan.

7) Kemahiran Menjaga Gol
Penjaga gol adalah harapan terakhir bagi menghalang jaringan pihak lawan. Posisi ini dianggap sebagai barisan pertahanan yang terakhir bagi sesuatu pasukan. Tujuannya untuk menyekat bola daripada memasuki gawang. Penjaga gol hendaklah mempunyai kemahiran menampan,menangkap,menahan bola dan menjatuhkan badan.

a) Menampan Bola
-Merupakan tingkah laku menangkis bola dengan kaki atau tangan.
-Tujuannya untuk mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan penjaga gol.
-Sekiranya bola terlalu rendah,penjaga gol hendaklah merebahkan badannya.
-Keadaan sedia adalah untuk mempercepatkan tindak balas.

Undang-Undang & Peraturan

1.Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain,      sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan    bila-bila masa ketika dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat     permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seseorang pemain dibenarkan :

(a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada     dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

(b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran

(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan permainan yang      ditetapkan.

5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan
    gol.

6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain      padang.

7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu

balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak

lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada

pembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu

menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.


10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana