Saturday 19 March 2016

Bab 4 (Kesihatan Diri & Keluarga)

Bab 4 Kesihatan Diri dan Keluarga


  1.  Kesihatan diri adalah perkara yang perlu diberi perhatian kerana segala penyakit berpunca        daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan pemakanan yang tidak sihat.
  2. Amalan pemakanan yang tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi individu,
  3. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha memperoleh kesempurnaan hidup.
Kesihatan Diri
  • Keinginan untuk kelihatan cantik dan menarik tidak mendorong individu mengamalkan pemakanan yang sihat.
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti:        a) Anoreksia nervosa    b) Bulimia nervosa
Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat
  1. Maksud amalan pemakanan yang tidak sihat ialah pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan.
  2. Antara amalan pemakanan yang tidak sihat ialah: berlapar dan tidak sukakan makanan (anoreksia nervosa), memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makanan (bulimia nervosa), pengambilan pil pelangsing.                                                 
  3. Amalan diatas berpunca daripada masalah psikologi iaitu kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan.
  4. Jenis amalan penyakit Anoreksia nervosa ialah tabiat suka berlapar . Berikut merupakan       ciri-ciri amalan ini: a) terlalu bimbang dan takut akan kegemukan. b) sentiasa merungut dan tidak puas hati tentang berat badannya. c) sentiasa berendah diri apabila berbual mengenai berat badan. d) benci pada makanan. e) gangguan kitaran haid. f) imej kendiri yang tiba-tiba berubah.                                                                                                                       
  5. Jenis amalan penyakit Bulimia nervosa pula ialah tabiat mengeluarkan semula atau memuntahkan makanan yang telah dimakan. Berikut merupakan ciri-ciri amalan ini:                 a) Mempunyai selera makan yang tinggi. b) Makan dalam kuantiti yang banyak pada suatu masa. c) Sakit perut sebaik sahaja makan. d) Ingin ada berat badan yang unggul. e) Mengeluh mengenai berat badan. f) Selalu sakit tekak. g) Gangguan kitaran haid. 
  6. Tiada nama penyakit bagi amalan untuk pengambilan pelbagai jenis pil pelangsing badan tetapi tetap merupakan amalan pemakanan yang tidak sihat. Berikut merupakan ciri-ciri tersebut:         a) mengambil pelbagai jenis pil pelangsing. b) gangguan terhadap selera makanan.                     c) tidak melakukan senaman.
  7. Terdapat beberapa kesan sekiranya kita mengamalkan amalan pemakanan tidak sihat contohnya: a) denyutan jantung mengalami gangguan. b) buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium untuk perkumuhan. c) kandungan kalium dalam darah rendah,menyebabkan denyutan nadi tidak konsisten dan menjadi punca mati mengejut. d) kurang zat makanan menyebabkan kulit kering,rambut gugur dan tidak bermaya.   e) elektrolit badan tidak seimbang f) mengalami masalah psikologi contohnya rendah diri dan suka bersendirian. g) mempercepatkan proses osteoprosis. h) hakis lapisan epitelium pada kerongkong.










Langkah-Langkah Pencegahan Amalan Pemakanan Tidak Sihat
Makan sayur dan buah banyak
  • Makan ikut jadual dan secara berhemah
  • Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan
  • Tidak mengambil makanan berkalori tinggi
  • Bersenam 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi
  • Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan 
  • Pantau makanan yang dimakan setiap hari
Bersukan
Kurangkan makan mengandungi kalori tinggi


Kekeluargaan

  1. Kekeluargaan merupakan kewujudan sebuah rumah tangga yang sentiasa mengekalkan kedamaian,kerukunan dan saling hormat-menghormati anatara ahli-ahlinya iaitu ibu,bapa dan anak-anak.
  2. Kecemerlangan institusi keluarga dimainkan oleh peranan datuk,nenek,ibu dan bapa saudara.
  3. Ikatan keluarga yang akrab dan saling membantu antara satu sama lain,bekerjasama,rasa bertanggungjawab terhadap keluarga merupakan antara ciri-ciri keluarga yang cemerlang.
  4. Oleh itu kita haruslah sedar bahawa institusi kekeluargaan sangat penting dalam pembangunan sebuah negara.
  5. Gambar-gambar dibawah merupakan institusi keluarga asas:
Adik Lelaki dan Adik Perempuan















Abang dan Kakak
Ibu dan Bapa


Peranan dan Tanggungjawab Ahli Keluarga

Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia,setiap ahli keluarga haruslah mengetahui peranan masing-masing. Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas masing-masing, InsyaAllah akan memudahkan pentadbiran sebuah keluarga.

1.Peranan dan Tanggungjawab Bapa dan Suami
a) Bapa
  • Bapa sebagai ketua keluarga,haruslah memberi belas kasihan dan mempunyai sikap bersedia untuk berkorban.
  • Memberikan bimbingan,didikan dan pelajaran.
  • Melindungi keluarga daripada apa-apa ancaman.
  • Menyara keluarga.
  • Berlaku adil.
  • Menyelesaikan masalah yang terdapat didalam keluarga.
  • Mewujudkan integrasi dalm keluarga.
b) Suami

  • Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga.
  • Memberi nafkah kepada isteri.
  • Memberi kasih sayang kepada isteri.
  • Menghormati hak isteri.
















2) Peranan dan tanggungjawab ibu dan isteri
a) Ibu
  • Mengamalkan nilai kasih sayang.
  • Menjaga kebersihan.
  • Mendidik dan mengasuh anak.
  • Menguruskan rumah tangga.
  • Melayan anak dan suami.
  • Membantu menyelesaikan masalah dalam keluarga. 
b) Isteri
  • Patuh,taat,menghormati suami.
  • Jujur,ikhlas dan amanah.
  • Menjaga harta suami.
  • Memberi kasih sayang kepada suami.
  • Menjaga keperibadian diri.
















3)Peranan dan tanggungjawab anak
a) Anak
  • Menghormati ibu bapa dan anggota keluarga lain.
  • Membantu ibu bapa menyelesaikan masalah keluarga.
  • Mentaati dan mematuhi suruhan ibu bapa dan tidak melanggar undang-undang.
  • Menggembirakan hati ibu bapa.
  • Menjaga kebajikan ibu bapa apabila mereka sudah tua.
  • Memberi kasih sayang kepada ibu bapa.
b) Abang dan Kakak
  • Mengganti tugas ibu bapa ketika mereka tiada.
  • Bertolak ansur.
  • Menghormati adik-beradik.
  • Mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga.
c) Adik
  • Menghormati ahli keluarga yang lebih tua.
  • Meminta bantuan abang dan kakak secara baik.
  • Belajar untuk berdikari.


1 comment: